Yardburn's Quote:
Nah sebuah karya aku! Aku lama tak buat novel dah.. Entah skill nya masih nyata atau tidak! Sebab lama dah tak berkarya! Sayang Asyira ni bersiri.. Aku masih belum habiskan lagik. Nyatanya ceritanya masih panjang.. InsyaAllah aku akan habiskan.. ;)

SAYANG ASYIRA
"Sayang... Sayang... kalau anak kita lahir nanti... Sayang nak letak nama apa?"
Farique mengusapkan perut isterinya penuh tanda kasih.
"Kalau lelaki Yang nak letak nama Farizq, emm kalau perempuan Yang letak nama Sayang Asyiqa. Cadangan diterima?" Bibir Sayang Asyira membuahkan senyum.
Farique begitu terpesona dengan senyuman itu sejak lima tahun dahulu sampai sekarang senyuman itu masih dihatinya.
"Dibantah! Mana boleh perempuan disayang lelaki tak disayang..."
"Apa abang ni... Yang lelaki biarlah ikut nama abang, biar hendsome macam abang... Yang perempuan biarlah nama macam Yang, lawa macam mak dia, comel macam mak dia, putih macam mak dia, baik macam mak dia..."
"Ye la tu... semuanya macam Sayang! Tapi yang buat perut Sayang ni membesar, saya!"
Sayang Asyira ketawa mengekek. Kata-katanya membuatkan suaminya merajuk.
"Abang kalau merajuk makin Yang sayang. Apa lagi, merajuk lah lagi! Merajuk biar lama-lama sikit... Nanti Yang mati, abang akan ingat rajuk abang tu."
Keluarga besar Saiful Bahrin hari ini kecoh dibuat Sayang Asyira. Habis barang kristal ibunya dihumban ke lantai gara-gara rambut panjangnya mahu dipotong.
"Okay ibu tak potong, tapi Sayang Asyira jangan buang ibu punya kristal!" Shahila menjegil matanya ke arah anaknya. Sayang Asyira menyorot tubuhnya di sebalik almari. Takut betul melihat mata bundar ibunya.
"Sudahlah tu, nanti abang belikan barang kristal yang baru. Yang awak sibuk nak potong rambut dia tu kenapa? Biarlah panjang, baru jadi perempuan! Zaman nabi dulu mana ada perempuan rambut kontot macam awak ni Ila." Saiful Bahrin menenangkan perasaan Shahila.
"Abang ni!"
Sayang Asyira tersenyum. Ayah memang best! Segera dipeluk pinggang ayahnya.
"Oh sayang ayah. Bila besar nanti boleh buka salon rambut." Dibelai rambut anaknya yang panjangnya sampai ke pinggang.
"Yang nak jadi lawyer." Petah Sayang Asyira bercakap. Walhal ketika itu umurnya baru lima tahun.
"Oh ya! Lawyer apa, lawyer buruk." Perli Shahila.
Kenangan dulu-dulu membuat bibir Sayang Asyira tersenyum. Perli ibu akhirnya jadi kenyataan. Lawyer juga aku akhirnya.
"Syira, you kena settlekan kes Abdullah tu. Muthu dah out. Dia tak tahan!" Lydia, ketuanya memberikan tugas baru padanya.
Arghh... Muthu memang panas baran. Semua kes dia handle tak pernah yang habis. Mesti sekerat dan aku jadi tukang habiskan. Muthu... Muthu...
"By the way Lydia, I nak ambil cuti esok sampai tulat. I nak balik kampung lah. My mom had an operation yesterday so I nak jenguk dia sekejap."
"Okay, until tulat saja. Tak boleh ambil extra! Sebab, there are so many cases need to conduct hah!"
"Yes sir!" Sayang Asyira tersenyum. Yeah yeah malam nih bertolak lah nampaknya.
Udara Kampung Sri Siantan benar-benar membawanya mengimbau kenangan lalu. Bersama Laili, Shikin dan Noni memanjat pokok rambutan, lastik anjing Ah Wong, berenang di parit dan banyak lagi. Macam mana keadaan mereka agaknya? Masihkah ingat aku lagi. Dah berumah tangga kah mereka? Entah-entah dah beranak pinak.
"Hey kenapa nama kau lain dari yang lain. Mana ada orang letak nama anak dia sayang."
"Sukahati mak bapak aku lah! Engkau apa hal, ada hutang ke?" Garang betul Sayang Asyira bila namanya sering dipertikaikan, lebih-lebih lagi Rashid.
Seringkali dia balik dalam keadaan menangis sebab kawan-kawan nya sering mengejek namanya.
"Ibu... kenapa letak nama Yang, Sayang Asyira. Kenapa tak letak Asyira saja."
"Sebab, ibu sayang kamu. Itu sebab ibu letak Sayang Asyira."
"Orang lain kenapa tak letak nama anak dia Sayang?"
"Sebab mak dia orang tak sayang anak dia orang."
"Jadi, ibu sayang Yang lah! Yang sayang ibu juga!"
Shahila mengucup dahi anaknya. Sayang Asyira tersenyum.
"Doktor kata apa lagi ayah?"
"Tak ada ketumbuhan lagi kalau rahim ibu dikeluarkan."
"Jadi ibu sekarang tak ada rahim lah!"
"Yes, itu decision ibu. Ayah nak buat macam mana."
"Seseorang perempuan yang kehilangan rahim bagai hilang anak."
"Yang penting moral support. She needs us." Saiful Bahrin memegang bahu Sayang Asyira.
"Ibu tak bersungut ke ayah?"
"Ibu kamu tu kurang diperut tapi lebih dimulut! Masih kuat membebel lagi lah!"
Sayang Asyira ketawa.
Dalam hatinya bersyukur ibunya tidak mengalami sebarang masalah.
Segera dia masuk ke bilik rawatan Shahila. Ditenung ibu yang melahirkannya. Wad ibu agak terpisah dari wad yang lain sebab ibu punya kes yang berlainan dari pesakit yang lain. Maybe ayah nak private kot!
"Yang ada sini sampai tulat.Yang akan temankan ibu setiap saat."
"Bagus lah tu. Jadi kuli ibu sepanjang hayat, kamu tak payah kahwin-kahwin."
"Oh ibu! Betul lah kata ayah, tak akan kurang dimulut!"
"Hey, kamu berdua mengumpat di belakang saya rupanya."
"Tuduh abang pula!"
"Ayah, ibu tak cakap pada Sayang Asyida ke?" Serta-merta dia teringat pada adiknya yang lapan tahun muda darinya.
"Dia di London tu kan sorang-sorang. Kalaulah dia tahu, tak ke kita kelam kabut jadinya. Tengah-tengah periksa, tak dapat pula dia concentrate." ujar Saiful Bahrin.
To be continued...